Friday, June 5, 2020

Tanggapan mengenai Emosi

Apa itu emosi menurut pemahaman anda? Selain maksud yang diberikan dalam kamus dewan atau Wikipedia, ringkasnya dari saya, emosi itu adalah satu tahap yang sukar untuk diluahkan dengan mudah mala sekiranya tak dikendalikan ia cenderung bertindak luar dari kawalan . Ya, tentu sahaja kita mempunyai pandangan berbeza sesuai dengan pemahaman kita sendiri.
      kita akui, sebagai manusia kita semua tidak akan lari dari emosi ini, kerana ketidaktentuan faktor pola hidup, hubungan, kerjaya, kuasa, pengaruh orang lain dan sebagainya. Emosi ini akan memperhambakan seseorang itu sekiranya ia tidak dikendalikan dengan keupayaan diri sendiri. Bagaimana emosi itu memperhamba kita? Ia akan menyebabkan berlakunya kesalahfahaman atau pergaduhan, perebutan kuasa, depresi,penceraian, bunuh diri, melakukan jenayah, sifat bangga diri dan banyak lagi. Tidak ada yang akan mengerakkan diri kita untuk melawan emosi itu selain diri sendiri. Mungkin orang sekeliling membantu untuk memberi kata semangat dan memberikan sokongan moral tetapi selebihnya kekuatan daripada diri sendiri jugalah yang akan melawan emosi itu. Samada kita memilih untuk melawan emosi itu atau membiarkan emosi itu memperhambakan diri sendiri. Mungkin ada dari antara kita berfikir emosi ini sebenarnya refleksi dari perasaan negatif seperti sakit hati, marah, takut dan sebagainya. Bagaimana pula dengan perasaan gembira? Refleksi gembira itu, kita boleh gambarkan emosinya bagaimana? tentu sahaja orang itu tampak ceria, beseri- seri dan punya karisma yang menyenangkan orang sekeliling. Tetapi boleh sahaja seseorang yang berasa gembira atau bahagia itu boleh lupa diri. Kenapa? emosi itu sudah mulai memperhambakannya. Setinggi apapun pendidikan dan ilmu agama seseorang itu, jika ia tidak memilih untuk menggunakan kekuatan atau keupayaan diri untuk melawan emosinya, ia akan menjadi hamba emosi. Buktinya? Kita boleh melihat orang sekeliling atau di media, di mana walaupun sudah mencapai kejayaan yang dibanggakan, mereka memilih untuk cenderung melakukan perbuatan luar dari kawalan seperti bunuh diri, menggunakan kuasanya untuk menjatuhkan orang lain, menindas orang susah dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga ilmuan agama yang didapati berasa bangga diri sehingga menggunakan pengaruhnya menyesatkan orang lain.
       Bagaimana pula orang yang memilih untuk melawan emosinya? Kita boleh melihat contoh Colonel Harland Sanders, mukanya tidak asing bagi kita. Mukanya digunakan sebagai Logo KFC (kentucky Fried Chicken) iaitu sebagai pendiri KFC. Bagi anda yang mengetahuinya kisahnya, tentu sahaja pengalaman masa mudanya bukanlah mudah baginya. Beliau tetap berusaha memperbaiki taraf hidupnya dan menyedari hidupnya amatla sia-sia kerana  tidak punya pencapaian walaupun usianya semakin lanjut. Tetapi hasilnya, dia menikmati kepuasan hidup di masa tuanya.
     Saya bukanla hendak kaitkan orang yang berjaya atau disegani itu mudah sekali diperhambakan oleh emosi, dan orang yang sering gagal atau punya bebanan hidup pula lebih memilih untuk berjuang dari perbudakan emosi. Kenyataan itu saya ambil contoh dari kebanyakan info dari media. Hakikatnya kita sendiri boleh melihat di tempat  kita masing-masing, mungkin dari pengalaman sahabat, keluarga atau orang sekeliling kita. Di tempat saya, saya sendiri melihat ada dari antara mereka yang berjaya tapi memilih untuk bersederhana dan terus berjaya, ilmuan agama yang tetap optimis dalam peranannya, orang yang susah terus berusaha menampung hidupnya serta keluarganya, ada yang hidup susah memilih untuk pemabuk alkohol, malahan ada orang juga yang putus cinta menangis berhari-hari sampai sakit 😂😂 mungkin  lucu bukan haha.. 
    Kita janganlah cepat menilai orang lain ya. Kita tidak tahu apa yang mereka rasa, tapi berusahalah ingatkan diri sendiri supaya tidak menjadi hamba emosi yang akhirnya memudaratkan. Mungkin ada di antara kita saat ini sukar kerana sedang emosi, ambil masa dan latih diri anda untuk keluar dari keaadaan itu. Buat aktiviti yang menyenangkan sesuai dengan kemampuan. Jangan biarkan emosi itu menjadi sahabat dan kemudian menjadikan anda hambanya. Sentiasa peka akan diri sendiri dan bersedia untuk sabar menghadapi ketidakpastian dalam hidup. Tetapla berpaut dengan Maha Pencipta, kerana hanya Dialah sahaja yang Maha Mengetahui.